CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

About Me

My photo
*Nadirah Aziz~ *17 September is my birthday~ *Still studying. Yet to be a nurse~ *Im NOT single, yet available~ * A BIG BIG fan of Harimau Malaya! * And I love roses toooooo! * Plus+ A shoe lover! oh~ * A Simple, yet easy going person. * Maybe a bit emotional,so DONT mess up with Me! * Haha. Chill-lah!!! ^^,

Tuesday 9 August 2011

Cemburu tanda sayang. YEKER??

(Maaf penggunaan aku didalam entry dibawah. Ini adalah monolog hati)

Cemburu?
Apa pendapat korang tentang cemburu?
Kadang-kadang aku rasa cemburu tu macam MANGGA.
Iye, BUAH mangga!

Apa tidaknya, masa muda,
Masam, kelat.
Tak sedap mana pun.
Tapi SEDAP tu pun subjektif.
Ada pada sesetengah lidah, Masam tu sedap.
Walaupun masam, tapi ada orang suka cecah garam lah, kicaplah.
SEDAP JUGAK!
Haihh macam-macam!

Bila dah masak, ranum.
MANIS.
Jangankan manusia, TUPAI pun dah gatah walau belum sempat buah tu jatuh.
Erm.

@#^%$&*^%&*^

Korang rasa kenapa aku post pasal CEMBURU?
Tadi aku tengok cerita Kat CITRA,
Drama INDONESIA mix MALAYSIA,tajuknya Tipu Kanan, Tipu kiri
Antara pelakonnya : Fabian (Hero Sinetron Pengantin Remaja, Hans Isaac, Natasha Hudson, Wulan, Azwan Ali)

Kisah tentang Si Rudy (Fabian bukan nama sebenar) yang dah beristerikan Wulan, selebriti terkenal Indonesia. Plot bermula apabila Rudy yang berasal dari Indonesia telah ditukarkan ke company baru di Kuala Lumpur. Dalam satu event yang dianjurkan oleh bos syarikat Rudy(Lakonan Hans Isaac), beliau telah dijemput bersama isteri untuk menghadiri Welcoming Party tu. Tetapi malangnya, Wulan(Isteri Rudy) telah menandatangani kontrak bersama syarikat rakamannya, yang mana menyatakan beliau(Wulan) tidak boleh berkahwin selama menjadi artis di bawah syarikat rakaman tersebut. Maka, bermulalah episod tipu-menipu, apabila Rudy telah mengupah Natasha Hudson untuk berlakon sebagai isterinya, tanpa pengetahuan isteri sebenar beliau, Wulan.

Dalam aku syok tengok cerita ni tadi, Encik Beliau aku call...
Kring....Kring....Aku pun angkat.
(Mampu pulak aku nak ignore kan? huhuk)
Disebabkan aku tengah mood emo-emo Cemburu-Menyumpah lelaki penipu macam Rudy tu,
Terpaksa lah Encik Beliau aku tadah telinga dengar aku membebel sorang-sorang.
Menghina mengutuk lelaki spesies buaya ni.

Haha
Pastu, secara tiba-tiba,
Encik beliau suruh aku tukar channel, dia kata aku banyak sangat pengaruh TV.
Especially tentang watak-watak lelaki durjana, tak setia, penipu, bla....bla...bla...
Haha.
(To Encik Beliau: Betul apaa! =D)
Kuikuikui
Baik betul dia backup lelaki. Katanya perempuan pun sama 2 x 5.
AIYOOO
Mujur last-last dia mengalah, kasi aku chance tengok sampai habis, baru call dia balik.
Hahaha

Ntah lah korang,
Dulu, jujur aku tak pernah berprasangka pada LELAKI.
Aku rasa relationship adalah untuk kita rasa membahagiakan dan dibahagiai.bukan untuk diratapi dan disedihi.
Oleh itu, aku nekad untuk mempercayai pasangan dan biarkan dia bebas, selagi pandai menimbang perasaan aku dalam setiap tingkahnya.
Orang kata WIN-WIN situation.
Jadi aku takdelah nak cemburu-cemburu sangat.
Aku taknak mengongkong kehidupan orang, sebab dia belum jadi milik aku pun lagi!

Dalam sedar tak sedar,
Setelah meniti masa dan onak,
Kadang-kadang bila aku buka mata luas-luas, aku tersedar yg aku pernah Ter-langgar apa yang aku panggil CEMBURU tu tadi!
Lebih-lebih lagi bila perasaan SAYANG tu dah makin bertapak dalam hati.
Hurm, betul!
Cemburu tu kdang-kadang makan diri taw!
Haih, entahlah.
Makin lama susah nak kawal.
Macam mangga.
Kadang-kadang masam, kadang kadang manis.
Haih,





1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...