CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

About Me

My photo
*Nadirah Aziz~ *17 September is my birthday~ *Still studying. Yet to be a nurse~ *Im NOT single, yet available~ * A BIG BIG fan of Harimau Malaya! * And I love roses toooooo! * Plus+ A shoe lover! oh~ * A Simple, yet easy going person. * Maybe a bit emotional,so DONT mess up with Me! * Haha. Chill-lah!!! ^^,

Sunday 26 June 2011

Kenali Diri Anda!

Warna bangkit aura diri!
Yup! Ini lah yang Ira nak kongsikan dengan pembaca semua. Harini post Ira santai sikit lah, sebab dah 2 post sebelum ni kita asik cite tentang BERSIH je kan. So....informsi ini sebenarnya ira dapat dari majalah Dara. com bulan July 2011. One fact about Ira yang mungkin x ramai yang tahu,,Im a big fan of majalah Dara. com. Since 2008 lagi duk follow majalah bulanan ni..dari era tudung bawal sampailah ke shawl, syria Arab, awning semua..x rugi kot beli majalah ni, sebab selain padat dengan ruangan fesyen Muslimah (sesuai untuk mereka yang gemar bergaya dan banyak sangat tutorial bertudung), ada banyak informasi2 semasa, sajian rohani, panduan-panduan kesihatan, tips-tips kerjaya,,sampaikan ke resepi pun ada! Bez. Bez.

ADAKAH anda mempunyai warna kegemaran yang anda sukai dan apakah warna tersebut? Hakikatnya warna yang menjadi kegemaran anda itu sebenarnya  sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan perwatakan anda. Bahkan menurut kajian yang dilakukan pakar psikologi mendapati warna mempunyai auranya yang tersendiri  dalam mempengaruhi personaliti dan sikap seseorang.

Menurut Nooraizan Mamat, Pengarah Pusat Rawatan Terapi Diri, dalam kehidupan manusia warna amat memainkan peranan. Sehubungan itu, di bawah disenaraikan warna-warna mengikut hari di mana anda boleh praktikkannya. Mana tahu, dgan warna yg anda pakai pada hari berkenaan, boleh menceriakan anda dan orang sekeliling. Jadi, cubalah panduan daripadanya. Mudah-mudahan kehidupan dan perjalanan hidup anda akan menjadi lebih lancar dan bahagia. =]

------Isnin : Putih----Selasa : Merah Jambu/Ungu-----Rabu : Biru----- Khamis : Oren------Jumaat : Hijau-----Sabtu : Merah------Ahad : Hitam---------<@
  1. MERAH: Warna ini melambangkan keadaan psikologi yg mengurangkan tenaga,mendorong cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Melambangkan kekuatan kemahuan, agresif, aktif,dan garang. Manakala pengaruhnya berkemahuan,penuh, ghairah dan dominasi.
  2. BIRU : Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Ia juga mempunyai kesan menenangkan pd tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas. Melambangkan perasaan yg mndalam. Brsifat konsentrasi, koperatif, cerdas, kejujuran, dan patriotik.Dari segi pengaruh, ia tenang, bijaksana,tidak mudah tersinggung dan mudah mendapat kawan...
Okay..rasanya tu je lah kot yg Ira boleh kongsi (dah penat menaip sebenarnya. hehe) pada penggemar warna Kuning, Hijau, Ungu, Hitam, Cokelat, Kelabu dan Metah jambu...Boleh dapatkan majalah Dara.com edisi Julai kay! hee~ =]

Saturday 25 June 2011

Bersihhhhhh lagi!

Rentetan post semalam berkenaan BERSIH...Masih belum reda lagi isu ni nampaknya. Terbaru, pada 24 Jun 2011..mahasiswa UiTM diwakili Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UiTM Shah Alam 11/12 Saudara Farid Zuhri membuat sidang media berkenaan bantahan rasmi terhadap perhimpunan haram ini....
Tanpa sebarang niat untuk mengapi-apikan mana2 pihak, Ira sertakan video yang Ira dapat dari link seorang sahabat mengenai sidang media ini...

Ira bisik-bisik: Masih ada lagi rupanya mahasiswa yang peka...

Bersih 2.0, Perlu atau tidak?

Perhimpunan Bersih
Sekarang ni heboh orang bercakap mengenai perhimpunan BERSIH. Kat TV ada, kat Warung pun org cerita, kat pejabat pun sama! Sebagai belia, mungkin ada yang pandang sebelah mata je kan isu ni? Yelah, selagi kita tak terlibat, mungkin ada yang cakap macam ni "none of my business". Ini jawapan standard dari seorang remaja (kebanyakannya). Baik mahasiswa mahupun bukan.  TAPI dalam sedar tak sedar, kita lihat ramai pihak yang memberi respon mengenai isu ni. Pemimpin negara, parti politik, badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan, mahasiswa, sehinggalah ke orang awam. Sehinggakan banyak laporan polis dibuat berkenaan bantahan perhimpunan ini. Ira bukan nak mengulas panjang ataupun melebarkan pengaruh kepada pembaca-pembaca blog ni..Tapi sekadar ingin berkongsi sedikit hasil carian yang Ira dapat setelah melayari portal rasmi Bersih, khas untuk pembaca yang mungkin ingin tahu mengenai apa itu BERSIH sebenarnya.

Menurut laman web rasmi BERSIH, BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO yang memegang kepimpinan utama pada ketika itu, antaranya Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; dan juga Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Secara asasnya, BERSIH memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia. Pada tahun 2007, kumpulan BERSIH ini telah  menghantar 1 memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mana mencadangkan agar 8 aspek dibawah yang sedia ada agar dikaji semula dan diperbaharui secara keseluruhannya yang mana meliputi:
  1. Sistem pilihanraya
  2. Pentadbiran pilihanraya
  3. Penamaan calon dan parti
  4. Kempen pilihanraya
  5. Media
  6. Kerajaan Sementara
  7. Daftar pemilih
  8. Pengundian
Walaubagaimanapun, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR) hanya meluluskan 1 daripada tuntutan tersebut yg membenarkan penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda (tuntutan di bawah sub-topik 8: Pengundian). (sila klik sini untuk mendapatkan butiran lanjut berkenaan 8 tuntutan BERSIH).

Oleh yang demikian, rentetan daripada kegagalan tersebut, kumpulan BERSIH ini berhasrat untuk melaksanakan perhimpunan BERSIH 2.0 untuk memperjuangkan kembali 8 tuntutan mereka sebelum ini. Bertempat di sekitar Masjid Kg Baru, Sogo dan DBKL pada 9 Julai 2011(Sabtu) kumpulan ini akan berhimpun bagi memastikan suara mereka didengari. Samada hasrat mereka ini tercapai atau tidak, kita lihat sama-sama.

Ira Bisik-bisik: Wajarkah mahasiswa terlibat sama? Apa kebaikan dan apa pula keburukannya?? Apa implikasi terhadap ekonomi negara, dan kesan sosial kepada masyarakat setempat? Hmm..Tepuk dada, Tanya Minda~

Friday 24 June 2011

MBlog

Hello!
Huh...lega dah...arini byak update design blog and follow blog org..
Erk sebenarnya semalam bile baca2 balik post tu..actually, ira da pernah ada blog pun sbelum ni...
Sejak form 5 lagi rasanya..tapi kat MBlog lah...eh? u all semua pernah dengar ke pasal mblog?
Mblog ni satu rangkaian dan laman sesawang khas Maxis untuk ber-chatting. Dulu blogger2 kat mblog selalu on9 guna hp..




Percaya x,dulu2 x de blackberry pun kmi leh on9..guna gprs sajoh okey!
Pagi-petang-siang-malam duk chatting smpai mama & abang dah bising2 sebab dah nak SPM..
Al-kisahnya, dulu page ni selalu di-hack oleh chatter-chatters..so, mostly chatters yg dah otai2 banyak share link free untuk on9 kat Mblog...Dan selepas beberapa tahun Maxis baru dapat detect line haram ni, terus dia terminate and sejak dari itu ira dan geng2 kat sana x dapat lagi on9.. Seronok kot kt sana...dpat geng2 baru, download lagu2 free(almaklum dulu nk download lagu kena bayar n takde lagi 4shared kay time tu)...

Btw, itu cerita lama...ni nak cerita lain pulok sebenarnya..Sebagai salah seorang rakyat Malaysia,ira nak ucapkan tahniah lah buat pasukan bola sepak Harimau Malaya kita yg berjaya menundukkan Lubnan 2-1 dalam perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam...ini barulah semangat berjuang!kita penonton pun rasa terhibur. haha...satu family ni dok depan tv channel 801 Supersport sebab nak tengok live! Gol yg dijaringkan pada minit ke 8 & 41 tu mmg cantik, hasil dorongan cantik Gary. Walaupun dia dilayang kad merah pada babak ke2 perlawanan, yang menyebabkan barisan pemain kita kucar kacir...tapi Malaysia mampu bertahan selama 40 minit terakhir! Cayalah!! Malaysia Boleh!!

Thursday 23 June 2011

Kali Pertama



Ape dia yg pertama kali?
  • 1st time wujudkan blog!
  • 1st time edit2 blog!
  • 1st time dapat itu dan ini...hehe
Yeay~~! Happy.
X sabar2 nak deco blog ni.
Jgan lupe, follow blog ni kay!
=^^,=










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...