CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

About Me

My photo
*Nadirah Aziz~ *17 September is my birthday~ *Still studying. Yet to be a nurse~ *Im NOT single, yet available~ * A BIG BIG fan of Harimau Malaya! * And I love roses toooooo! * Plus+ A shoe lover! oh~ * A Simple, yet easy going person. * Maybe a bit emotional,so DONT mess up with Me! * Haha. Chill-lah!!! ^^,

Sunday 28 August 2011

salam aidilfitri!

salam dunia....
Salam hari raya...Salam semua...
MAAF ZAHIR BATIN.

Saya Najat/Ira mendoakan semoga kedatangan syawal kali ni membawa 1001 kenangan manis buat teman-teman semua!


p/s: Sorry, kali ni punya post sangat pendek dan ringkas. I was so into the song. Enjoy it babe!

Wednesday 24 August 2011

SIGH *-~!



HY FRIENDS!
Sekejap je, dekat pukul 3 dah..
Mata tak ngantuk pulak tu..yelah tadi ira tidur dekat 4 jam lepas maghrib..

Demi nak melayan mata yang tak mengantuk ni, Ira pun online lah kejap
(Kejap ker bila dah masuk 4 jam? hohoh!)
Dalam duk melayan my Twitter yg baru 23 follower itu,
(follow me okay: NadirahAziz)
Dengar REDFm : Late nite luv songs (ahaks jiwang mood ok. P/s: I luv u so much my dear! huhu)
dan juga membaca novel GELORA JIWA by Aisya Sofea (Nice writing!)

...........................

Tetibe nampak post lama ni: My post on  "today" last year kat dalam my fesbuk:








Tak semena-mena post ni dah berjaya menggelakkan aku pagi pagi buta sebab aku rasa masih tak ada perbezaan yg ketara dalam setahun ni since:

1. Aku dah berjaya meninggalkan handphone Sony Ericson SATIO 12.0 MP sebelum sempat 3 bulan aku pakai.

2. Mencicirkan cincin White gold pemberian ibu tercinta di Port Dickson (agaknya?)

3. Dan juga barang-barang tak berapa berharga tetapi bernilai seperti Wang RM 5(contoh shaja), Koleksi pen hitam, Merah dan Biru, dll.

DAMN! Nak sigh sampai esok! hahahahah




Tuesday 23 August 2011

MODE ACTIVATED

Hari ini saya cuti
Yeay!
Dapat 3 hari cuti minggu ni...
Adakah kerana I punchcard lambat kemarin?
Haha
Biarlah, I tade kesah!
Sebab I kerja nak happy!!
Ai-yai CAPTAIN!

OH NO, 
Next week DIRECT 10 days kena kerja.
Takde cuti, baru dapat duit raya dari Pizza Hut
Dan juga segala DOUBLE TRIPLE FIFTHPLE
Jadi segala cuti yang ada ni akan aku manfaatkan!
Macam sekarang, I nak pergi buat kuih raya dulu okay?
CHAO!

p/s: I miss him a lot lot. =(


Monday 22 August 2011

Pre-Raya Preparation.



Hy.
Lama Ira tak update blog ni kan..
Kind a bz lately.
Yelah dah kerja....
Kalau off, sibuk bershopping raya pulak dengan family.
Mata ni pun dah macam beruang ada eye-bag.
Ohh D
Camana nak raya ni? Seddeyy!
Latelly, Ira, mama, ngan adik-adik baru sempat buat kuih 3 jenis, yang lain2 mama beli je kot...
Semalam baru pergi shopping raya di Econsave.
Beli Chochalate rice-lah, Tepung Jagung-lah, Gula I-cing lah, Kurma-lah, Margerin lah, Tepung Penaik lah, Tepung Ubi Kayu lah,
Pendek kata semua jenis TEPUNG ada!
Huhu (Bunyi macam pandai sangat buat kuih kan! )
Alah, OVER sikit-sikit je, boleh?
Hehe...


BTW,
Sekadar berkongsi...gambar-gambar keseronokan kami sekeluarga ber-Shopping Raya di Melaka,
From TESCO-JUSCO- Pantai Klebang and ends up at 12.00am at Bazaar depan Melaka Sentral.
Duhh! PENAT.
Tapi last-last jumpa1 baju raya sahaja yang berkenan.
Warna HITAM, bunga-bunga MERAH.
Insyaallah akan dipakai pada hari raya ke-4!
(Baju raya tahun lepas banyak tak pakai lagi!)
JOM JIMAT! Ngee~
p/s: Selamat hari raya readers!




 
 

Sunday 14 August 2011

Kalaulah Melayu itu Penyabar!

Okay fine!
Highlight sikit. PENYABAR!
(Sambil menarik nafas dalam-dalam)

Ira pelik lah.
Kenapa Melayu ni baran sangat.
Kita selalu menuding jari pada orang,
Kita kata bangsa kita sopan, lemah lembut budi bahasanya.
Ramah tamah, Elok pekerti dan sebagainya.

Tapi perasan tak?
Siapa yang selalu hina menghina, keji mengeji,
Kadang-kadang dengan sesama bangsa sekalipun!
Kalau marah, sekampung habis dibakarnya.
Argh!

Cuba kita muhasabah diri,
Marah tu amalan syaitan, dihasut dibisik dengan bisikan jahat oleh syaitan.
Bawa-bawalah bersabar, beristighfar banyak
Sebelum kita melampiaskan sifat ketidaksabaran kita pada orang lain,
yang membawa kepada wujudnya amarah,
Fikir kesannya kepada orang lain.
Jangan sampai si anak malu-malu mengaku kesilapan Bapanya yang mengamuk pada seorang gadis!
Oh, shame on u!
Plz, get civilised sir!!!

Tuesday 9 August 2011

Kasih. Cinta. Minat. Rindu. Dan Sayang.


Entry ini khas untuk menyatakan kerinduan saya yang maha melampau, membuak-buak, terurai-urai, bergelen-gelen, bertong-tong, berkati-kati, berjuta-juta lemon, beribu riban pada......

KENANGAN SAYA SEPANJANG MENJADI MPP 2010/11.


1) Selepas pengumuman calon yang menang pilihanraya JPP 2010/11 UiTM Puncak Alam,
2 Wakil dari setiap fakulti di Puncak Alam pada masa itu: OM, HS dan Pharmacy.
Diumumkan Penolong Naib Canselor UiTM Puncak Alam pada 28 Januari 2011.


2) Calon-calon MPP Fakulti


3.1: Poster sewaktu berkempen Pilihanraya, dan kain rentang Hebahan pilihanraya

3.2: Hasil kreativiti Jentera. NAJAT pada poster latar warna putih


3.3: Hasil buah tangan Jentera juga.


3.4: Calon-calon yang bertanding pilihanraya MPP UiTM Puncak Alam (kesemua fakulti)
dan bersama Mantan MPP  pada sesi sebelumnya


4) Di Pusat Sukan UiTM Shah Alam selepas pengumuman keputusan pilihanraya oleh Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni UiTM pada ketika itu, Prof. Dato Dr. Hj Nasuddin Othman.
(Gugur jantung waktu ni!)


Cemburu tanda sayang. YEKER??

(Maaf penggunaan aku didalam entry dibawah. Ini adalah monolog hati)

Cemburu?
Apa pendapat korang tentang cemburu?
Kadang-kadang aku rasa cemburu tu macam MANGGA.
Iye, BUAH mangga!

Apa tidaknya, masa muda,
Masam, kelat.
Tak sedap mana pun.
Tapi SEDAP tu pun subjektif.
Ada pada sesetengah lidah, Masam tu sedap.
Walaupun masam, tapi ada orang suka cecah garam lah, kicaplah.
SEDAP JUGAK!
Haihh macam-macam!

Bila dah masak, ranum.
MANIS.
Jangankan manusia, TUPAI pun dah gatah walau belum sempat buah tu jatuh.
Erm.

@#^%$&*^%&*^

Korang rasa kenapa aku post pasal CEMBURU?
Tadi aku tengok cerita Kat CITRA,
Drama INDONESIA mix MALAYSIA,tajuknya Tipu Kanan, Tipu kiri
Antara pelakonnya : Fabian (Hero Sinetron Pengantin Remaja, Hans Isaac, Natasha Hudson, Wulan, Azwan Ali)

Kisah tentang Si Rudy (Fabian bukan nama sebenar) yang dah beristerikan Wulan, selebriti terkenal Indonesia. Plot bermula apabila Rudy yang berasal dari Indonesia telah ditukarkan ke company baru di Kuala Lumpur. Dalam satu event yang dianjurkan oleh bos syarikat Rudy(Lakonan Hans Isaac), beliau telah dijemput bersama isteri untuk menghadiri Welcoming Party tu. Tetapi malangnya, Wulan(Isteri Rudy) telah menandatangani kontrak bersama syarikat rakamannya, yang mana menyatakan beliau(Wulan) tidak boleh berkahwin selama menjadi artis di bawah syarikat rakaman tersebut. Maka, bermulalah episod tipu-menipu, apabila Rudy telah mengupah Natasha Hudson untuk berlakon sebagai isterinya, tanpa pengetahuan isteri sebenar beliau, Wulan.

Dalam aku syok tengok cerita ni tadi, Encik Beliau aku call...
Kring....Kring....Aku pun angkat.
(Mampu pulak aku nak ignore kan? huhuk)
Disebabkan aku tengah mood emo-emo Cemburu-Menyumpah lelaki penipu macam Rudy tu,
Terpaksa lah Encik Beliau aku tadah telinga dengar aku membebel sorang-sorang.
Menghina mengutuk lelaki spesies buaya ni.

Haha
Pastu, secara tiba-tiba,
Encik beliau suruh aku tukar channel, dia kata aku banyak sangat pengaruh TV.
Especially tentang watak-watak lelaki durjana, tak setia, penipu, bla....bla...bla...
Haha.
(To Encik Beliau: Betul apaa! =D)
Kuikuikui
Baik betul dia backup lelaki. Katanya perempuan pun sama 2 x 5.
AIYOOO
Mujur last-last dia mengalah, kasi aku chance tengok sampai habis, baru call dia balik.
Hahaha

Ntah lah korang,
Dulu, jujur aku tak pernah berprasangka pada LELAKI.
Aku rasa relationship adalah untuk kita rasa membahagiakan dan dibahagiai.bukan untuk diratapi dan disedihi.
Oleh itu, aku nekad untuk mempercayai pasangan dan biarkan dia bebas, selagi pandai menimbang perasaan aku dalam setiap tingkahnya.
Orang kata WIN-WIN situation.
Jadi aku takdelah nak cemburu-cemburu sangat.
Aku taknak mengongkong kehidupan orang, sebab dia belum jadi milik aku pun lagi!

Dalam sedar tak sedar,
Setelah meniti masa dan onak,
Kadang-kadang bila aku buka mata luas-luas, aku tersedar yg aku pernah Ter-langgar apa yang aku panggil CEMBURU tu tadi!
Lebih-lebih lagi bila perasaan SAYANG tu dah makin bertapak dalam hati.
Hurm, betul!
Cemburu tu kdang-kadang makan diri taw!
Haih, entahlah.
Makin lama susah nak kawal.
Macam mangga.
Kadang-kadang masam, kadang kadang manis.
Haih,





Tuesday 2 August 2011

KISAH 1 Ramadhan, 2 Kesedihan, dan 3 Peristiwa ::

Alhamdulillah
SYUKUR
Selesai sudah berpuasa untuk hari pertama pada ramadhan 1432H

Tidak banyak yang berbeza.
Masih kekal bersahur bersama keluarga, tanpa ayah bersama
Almaklum ayah bertugas pula di Johor Bahru.
Jaga NKRA.
Pagi-pagi pukul 4 dah terdengar mama kejutkan, kena tolong puan mama masak..
Puan mama arini masak asam pedas, layankan ajer...
Celik mata, tolong panaskan lauk lemak pisang, dan juga goreng tempe..
Plus, air teh 0 nipis.
Simple, dah siap.

Geli hati sangat pagi tadi,
Mengejut adik-adik bangun sahur
Masing-masing terlepek kat meja, mata tutup.
Haha tak biasa bangun pagi gamaknya.

Well, kerja tetap kerja walaupun puasa,
Harini first time berbuka dengan member di pizza.
Kelam kabut, macam biasa.
Siapa nak berbuka, siapa nak solat, dan jugak nak mengejar customer yg mostly chinese.
Al-maklum, Melayu sume prefer buka kat rumah kot 1st day ni.
Takpe, itu bisa diurus!

Sedih jugak-lah  sebab harini Ira tak dapat berbuka dengan family.
Kerja dari pukul 5pm sampai 11pm.
Esok pun sama. =(
Huwaa...dah 2 malam terlepas terawih bjemaah. lagi sedih =((

Dalam duk seronok menjadi DOORPERSON,
Tadi ada cerita best taw kat tempat kerja Ira.
Meh dekat sikit nak cerita.
(pssssttt....takbleh cakap kuat-kuat, bahaya!)

Vrooom vroooom, stretttttt (bunyik enjin motor berenti)
Ira pun toleh.
Tengok-tengok Akak liza da,..
Dgan perut memboyotnya (mengandung dah 7 bulan)
Ira bukakan beliau pintu, mudah dia melangkah.
Pelik aku, apesal dia datang, padahal dia off arini.
Rupanya datang nak tengok roaster.
"WOKIES! bior-lah dia". Bisik aku dalam hati.

Pandang punya pandang, perati punya perati.
Dah memang itu kerja aku sebagai doorperson.
Greet and wish orang yg datang kat kedai aku.
Sampai ada mat saleh datang pun aku layan gak.
Padahal speaking terabor macam HARAMM!!

Kak liza nak balik dah time tu,
Atas motor, da start enjin motor wave dia tu.
No plat johor, motor colour merah.
Aku perati lagi.
Eh, dia menjuih bibir kat aku.
Apedia lah agaknya akak ni nak!
Rupanya tu ha....

Aku pandang lagi. nampak ada benda kat atas jalan, betol2 depan pintu tempat aku kerja, area parking lot.
Member aku si cashier R pergi tengok.
Korang taw ape benda??
CHECK RM 4000+ wokkk!!
Pergh.




Meleleh jap air liur kak liza, sambil jerit, "woi, bak meh, rugi aku tak amik"
HAHA aku gelak je.
Takde maknenya kak, sok tuan dia trace check tu, maw kena penjara lak kang.
TAK PASAL-PASAL penjara dalam lokap.
Dengan ketulusan yang ada, kami pun menge-call lah nombor yg ada kat situ.

Guess what??
Kat situ takde no telepon pun!
Nasib baik ada invitation card kahwen yang depan tulisan cina, haram takde sorang pun paham!
HAHA
Hentam jelah, janji call.
Call no orang yg kawen dalam kad tu.
Mana lah taw kot-kot kawan dia ke.
Tak sampai hati lak kitorang  nak wat duno je.
Yelah, RM 4000.
Kalau korang kan, berada dalam situasi Ira,
korang jumpa cek RM 4000 macam tu, ape yang korang nak buat???
Cu cite....
Plus, skang cek tu ada dengan Ira sekarang...
Erk!

Ira bisik-bisik: Ada-ada jer peristiwa yang tak diduga...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...