CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

About Me

My photo
*Nadirah Aziz~ *17 September is my birthday~ *Still studying. Yet to be a nurse~ *Im NOT single, yet available~ * A BIG BIG fan of Harimau Malaya! * And I love roses toooooo! * Plus+ A shoe lover! oh~ * A Simple, yet easy going person. * Maybe a bit emotional,so DONT mess up with Me! * Haha. Chill-lah!!! ^^,

Friday 29 July 2011

Lovey Dovey PART 1

Alhamdulillah, hari ini Ira tak kerja.
Jadi, banyak masa yang terluang di rumah untuk bersama dengan family.

Ira sebenarnya rapat dengan adik-adik.
Kalau nak tahu, Ira ni kakak yang sulong,
Walaupun kuat menyakat, tapi ternyata diorang lebih rapat dengan Ira compare akak-akak yang lain.
Mama kata adik bujang Ira (Naufal Syakir, 9 a.k.a Encem) selalu cari Ira sebelum nak tidur.
Dah 2-3 hari ni kerja malam, so tak dapatlah temankan diorang tidur.
Kalau kebiasaannya, Ira lah yang layan diorang nak tidur dan titiskan ubat telinga kat Encem setiap kali sebelum dia tidur.
(he got otitis=infection within ear. Ear wax punya pasal lah nii!)

Well, harini pagi-pagi lagi Ira dah bangun.
SEMANGAT HARIMAU MALAYA katanya!
Haha
Semalam kan keje malam, so tak dapat tengok live. Jadi, ulangan siaran perlawanan tersebut di astro arena pukul 8 pagi Ira gunakan sebaiknya!
Walau hati jambu, Bola tetap bola okay! Lagi-lagi Malaysia. Peminat nombor 1 taw! haha
Tak sangka kan?
Sedih sangat bila keputusan berakhir dengan kekalahan Malaysia : agregat 6-4.
Ternyata, Singapura meggunakan pelbagai helah untuk memastikan tempatnya ke pusingan ke3 kelayakan Piala Dunia.
Walaubagaimanapun, seronok jugak tengok 85,000 rakyat Malaysia membanjiri Stadium Bukit Jalil!
Sy tegaskan, ini jarang-jarang berlaku okay!
Good job Khairul Fahmi Che Mat (KFCM), Goal Keeper Malaysia yang beraksi cemerlang semalam!

Oh, bercerita tentang  KFCM.
Jejaka ni tengah HOT satu malaya.
Sape yang tak kenal dia memang wajar hentak kepala kat dinding.
Baru-baru ni, my sister CIK NAB ada cerita, dia kata KFCM tengah berantakan dengan tunangnya.
Dan katanya lagi, itulah antara penyebab utama kenapa KFCM beraksi hambar sewaktu perlawanan menentang Liverpool tempohari (keputusan perlawanan: Liverpool 6- Malaysia 3) dengan 5 daripada 6 Gol Liverpool itu diperoleh pada babak kedua perlawanan. Babak pertama, GK adalah Mohd Sharbinie, dan Babak kedua KFCM)

Ira LANGSUNG tak percaya cerita ni.
Jadi,
Atas semangat kucing Malaya(menggedik san!) Ira pun pergilah melawat blog tunangnya si jejari runcing itu..
Mencari kebenaran dalam kesamaran
Iyelah, itu kira baik lah kan daripada duk jaja kisah orang. Fitnah pulak tu.
Nauzubillah.

Hmm...dalam skodeng-skodeng tu, terbacalah kisah-kisah cintan cintun diorang.
Homaiiii!!!!!!!!!!!
Suweet bebenor, membuai-buai lak rasanya.
Terus rasa macam nak tunang skang! haha mati kena terajang dgan mama! ekekek
dengan rajinnya, bukaklah  satu-persatu entry si E (Tunang KFCM)
Dari kisah diorang berkenalan-dating-sampailah ke tunang, semuanya ada dikongsikan!
Melihat pada tarikh2 entry tu di-post, Ira tahu hubungan diorang dah bertahan lama dan E bukanlah berniat menjaja kisah mereka.
Mereka dah berkenalan, bercinta dan entry itu di-post sebelum KFCM fofular lagi taw!

Kat penghujung tu, perasaan kasihan Ira sedikit tertumpah pada tunangnya,
Yang sedang sarat menanggung pelbagai rasa di jiwa,
Yelah, berkongsi tunang dengan masyarakat Malaysia.
Seantero Malaysia okay gossip meliar tentang apek,
Anda lebih mengenalinya E!
Harap-harapnya E tenang dan tabah.
Dugaan darah manis!
Carilah kekuatan, uraikan kekusutan yang ada.
Oh, mendoakan yg terbaik buat mereka!

Pada peminat-peminat KFCM, jom kita belek-belek sikit pic KFCM. Hero Malaya pada perlawanan MAS menentang singapura semalam, 28 July 2011  =)





















Ira bisik-bisik : Kalahu Ira buat entry lover dover cam tunang KFCM ni okay tak? hahaha

Thursday 28 July 2011

CONTEST: Saya Blogger Kreatif!


Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera.

Hy, Ni Hao!
Closing tiap2 hari agak meletihkan (merujuk entry sebelum ni).
Teramat-amat LETIH, sehinggakan tak mampu tersenyum dah tadi.
Mujur ada rakan-rakan membantu.
OPS, lari topik dah, actually Ira bukan nak cerita pasal Pizza dalam entry ni.

Nak cerita pasal contest ni.
Tadi belek-belek dashboard, ternampak blog kawan ni.
Atikah Aula.
Tu, yang ada jenguk kat chatbox kat bhagian atas kanan tu. huhu
So, hati kecik menjerit-jerit tadi cakap why not u join, Ira.
Walaupun hadiah bukanlah dalam bentuk wang ringgit.
tapi Ira join sebab Ira suka bagi pendapat tentang blog orang, biarpun blog saya sendiri tidak lah se-cantik orang lain,se-kelakar zackzuhairi, se-SERIUS macam obedene, Se-politik macam papa gomo, ataupun se-mukhtahir IDEOLOGI Meor Iszwan (hehe!)
Komen ikhlas dan membina tak salah kan?
Yang penting blog dia cantik, dan beliau happy!
"Sejujurnya, Ira suka buat org happy dan lihat org happy sebab scr automatiknya, Ira pun akan happy juga!

Kalau kamu nak tahu,
Sy menaip kerana KEGHAIRAHAN.
keghairahan berkongsi, berfikir dan bercerita
tentang sesuatu yang tidak terlahir di bibir, tapi ikhlas dari hati.
Pendek cerita:: Blog ni akan jadi buku notakecil 555 tentang catatan hidup Najat Nadirah Abdul Aziz.
Biar tidak se-gah mana, tapi PUAS. =))

OKAY, now let focus on da main business here.
Blog Atika Aula.
Sejujurnya Ira rasa blog beliau dah cantik dah.
Kemas dan tersusun.
Nampak peribadi tuannya yang mungkin sukakan kekemasan,
Selain itu, aspek perkongsian juga tak kurang hebat, banyak iktibar dan entry yang berkait dengan pelbagai informasi dan impak pada kehidupn harian.
Susunan iklan nampak kemas
Icon untuk follower, facebook,dan shoutbox pun elok tersimpan rapi, dengan icon-icon yang comel dan sweet di sebelah kanan.
Menarik.
Pendek kata hampir 90% blog awak dah okay taw!
Yang baki 10 % mungkin letaknya pada keceriaan blog.
Saya rasa TEMA riang yg awak nak tonjolkan tu dah Hampir nak capai,
Tapi untuk penambahbaikan, mungkin warna latar kalau colourful, lagi cantik!
Hehe
Sekian, ikhlas dari mata hati..
Smoga blog awak makin mantap ye Atika Aula, insyaallah! =)

p/s : dah lebih 50 perkataan ke belum ye? hehe
(Klik sini untuk ke blog Atika Aula)
Oleh itu, saya dah follow fanpage, blog dan sekarang nak kena kawan-kawan juga.

Noorie: http://candychipsmore.blogspot.com
Ayesha: http://iamesha.blogspot.com
Raaz: http://alraaz.blogspot.com
Shira Razak: http://jashira8189.blogspot.com
Am: http://budakmuo88-encikidham.blogspot.com

Korang join lah jugak kay! Gud luck. =)






Tuesday 26 July 2011

Kerjaya Baru: Gadis Pizza

Oh, letih.
The one and only word that best desribed my limbs.


Harini (yesterday actually, since it past 12 am already when im writing)
Ira dah start kerja di Pizza Hut,
Pizza Hut Pesta, dekat Jalan Bakri.
My very very first day
Masuk kerja 6 pm sampai closing,
Customer pukul 11.3 0pm tadi dah reda
So dah start buat closing

Banyak benda baru belajar harini
Blaja  banyak jugak perkataan baru
"Buzzing" "Setting"
Dan banyak lagi perkataan canggih yang langsung tade kaitan dengan kerjaya aku sebagai student nurse
NO "ABG" "Thoracosectomy" "MVA" "concussion" "angina pectoris" "IM" "S/c" ETT"
Haha lama dah tak jumpa perkataan ni.
Al-maklum cuti panjang.

Hari pertama tak banyak cerita.
Kawan-kawan semua okay.
Ada Khairun yang jadi CIKGU aku,
KAK Azie yg tak suka aku pggil dia akak, tapi aku panggil gak, sebab dia tak marah pun! haha
Si hafiz yg pelik (NO CHANCE!)
Si Ijat tukang wat pizza
Si Syima yang tolong ajar aku closing tadi
Kak Sarina yang senior
and manager Encik John yang.......(no description. kerja makan gaji kan??jgan gigit tangan org...)

So far Ira seronok.
Penat tu biasalah kan.
Kerja takde yang tak penat.
Praktikal pun dulu lebih kurang macamni jugak penatnya...
Harini buat buzzing, setting, CCI (itu ke istilah dia, im not sure either,the one who welcoming customer)
kami kerja rotate-rotate
Anyone boleh amik service, CCI, buzzing, setting, hatta basuh pinggan sekalipun.

p/s: Credit to my family cz fetching me up tadi kat kedai waktu balik,pkul 1am kot!
and also Encik beliau for the continous support,
im touched!
TQ TQ TQ!!!!




Monday 25 July 2011

Erti Sebuah Penghargaan

Dah pukul 4 pagi.
Mata masih mencelik
Hati masih meronta
Untuk menyiapkan sesuatu yang masih belum selesai..

Tadi sebelum tido,
Encik Beliau request..
Untuk tolong deco-kan blog dia...
Oh,
Kacang sahaja
But u know what makes it harder?
To fullfill someone wishes without u being failed one!
Huhu
I know u love blue colour very bad, and yet u love abstract...
So, im quite struggling here, since the berokband didnt function quite well tonite.
haha!

But, its okay...
Demi kamu
Ira tak kisah.
Asalkan saya dapat kepuasan yg dicari...



Tapi setakat ini pencarian masih belum berhasil...
Takpe, esok ada lagi...
Sebab saya taw encik beliau akan bukak blog saya, jadi saya nak Encik beliau taw
Yang saya rajin buat blog tu sebab saya suka hias blog awak kasi nampak cantik
Lagipun apalah sangat blog kamu tu kalau nak dibandingkan dengan pengertian kamu pada saya selama ni
HAMPIR TAK TERNILAI!
Cuma peringatan, jangan nanti  "JOTOS" saya balik dalam entry kamu okey!
Haha.
Ye dia memang SANGAT Baik! =)
<3 Awak.

Sunday 24 July 2011

si burung patah sayap.

Saya seekor burung.
Nama saya Noci.
Muka saya takde jerawat
Sebab muka saya ada bulu
Saya ada 4 orang adik burung yg masih kecik
Semuanya baru belajar nak terbang guna kepak
Sebelum ni duduk je kat sarang.
Papa Noci yang carikan cacing tiap-tiap hari
Noci nganga mulut je, terus makan.



Hari ini Noci dah dewasa
Dah pandai berdikari, dah pandai terbang sendiri
Noci pun terbang lah ke daerah yang namanya "Lu pikirlah sendiri"
Noci tak pandai cari makan.
Baru nak belajar

Tiba-tiba ada seekor burung merak terbang atas pokok dengan Noci
Noci pun hairan.
Sejak bila Merak pandai terbang atas pokok?
"Ah, lantaklah" Noci berkata dalam hati

Merak tu hulur kepak.
Bersalaman, tanda perkenalan.
Namanya Afi
"Oh buruknya nama dia!" Bisik Noci lagi dalam hati
Tapi dia baik. Dia pandai ajar Noci macamana nak cari makan
Dia jugak bawak Noci pergi jalan-jalan dekat Bukit Sentosa tengok sunset

Hari dah senja
Noci nak balik rumah
Afi yang hantarkan sampai depan pokok
Papa Noci tanya, "sapa tu"
Papa cakap kat hutan ni banyak binatang jahat, sebanyak pokok-pokok yang berduri.
Tapi Noci diam, sebab Noci tau ayah dah makan cacing dlu sebelum Noci
Papa pun dah kena paruk dgan duri dulu sebelum Noci.
Noci senyum aje dengan sikap ayah.
Noci taw, ayah sayangkan Noci sangat.

Ini hari baru.
Noci dan Afi berkawan lagi.
Kebetulan terjumpa masa tengah gosip-gosip dengan Lulo (si tupai hutan)
Afi ajak gi cari cacing lagi
Noci suka.
Noci pun pergi ikut Afi sambil nyanyi-nyanyi lagu burung kakak tua....

Hari ni dah masuk 2 kali bulan purnama
Benda yang sama Afi dan Noci rutinkan..
borak sama-sama dan jugak cari cacing sama-sama
Lulo jeles dekat Afi
Dia kata romantiknya Afi
Dahlah cantik kepak dia.
Untungnya kau Noci!

Ahhhaaa!
Kenapa dengan harini?
Mana Afi pergi?
Aku tunggu dia dari pagi tadi nak gi cari cacing sama-sama
Papa tanya
"Noci kenapa ni tak pergi cari cacing lagi, tak lapar ke?"
Noci senyap. Taktaw nak cakap apa.

Matahari dah meninggi.
Noci tak tunggu lagi. Dia buat keputusan nak pergi terbang sendiri.
Perut dah main-main lagu Amy Winehouse.
AhhhhHhh~

Tingginya Noci terbang harini!
Tinggi ke langit biru.
Wah nyamannya rasa.
"Indah rupanya Bumi ciptaanmu, Ya Tuhan". Bisik Noci dalam hati.
Alhamdulillah. Syukur aku dapat hidup menikmati ciptaan Ilahi.

Oh, teringat hasrat mula ingin mencari sesuap cacing.
Ye, CACING!
Noci hinggap rendah ke sebatang kayu mati merintangi pohon tua beringin.
Melihat ada se-family cacing sedang berkelah
satu-dua-tiga-empat ekor! banyaknye rezeki pagi ni.
 Mereka sarapan pagi barangkali.


Dalam mengira-ngira untuk merentap keharmonian pagi si keluarga cacing itu,
Tiba-tiba cerlipan warna harmoni menerejah ruang mata Noci.
Oh, apakah?
Pandang, tenung....
Eh, Afi lah!

Nada kehairanan bermain2 di minda cotet Noci ni.
Apa Afi buat kat sini?
Gembiranya!
Afi, sy rindu awak Afi!
Nak beritahu skang jugak!!!


Eh, kejap.
Sebelum zass, kenapa macam ada ......?
Ada bakul!

Hy Afi!
Terbentak sekejap si dia.
Hati dibisik nada Syaitan!
Perasaan diterjah paluan kompang berlagu tanda tanya.
Ewah! (Hahah! )

"Bakul apa tu, kenapa Afi sorang-sorang arini?"
"Sampai ati Afi tinggalkan Noci!"
Afi termangu-mangu!

Eh, Noci.
Afi tengah cari cacing ni. Nak cari banyak2.
Afi ingat nak bawak semua cacing ni pergi rumah Noci tengahari nanti.
Nak makan dekat sana boleh tak Noci?

SENTAP!
Kenapa Afi pelik tiba-tiba?

"Alah, Afi nak surprise sikit pun tak boleh."
"Afi nak jugak merasa cacing goreng celup tepung air tangan awak, Noci sayang!"

(Hahah...selekeh nya! Ah, lantak....teruskan pembacaan plzz, nak habis dah ni!)

Noci senyum sendiri.
"Oh, macam tu ke?"
"Noci ingat Afi dah bosan dengan Noci, takmaw kawan dengan Noci dah."
"Kepala noci ni dah fikir macam-macam dah taw."

"Kot iye pun nak cari cacing banyak-banyak,
bagitau lah kat Noci, boleh Noci tolong carikan sama-sama."
"Ini tak, TINGGALKAN Noci macam tu je pagi tadi!"
"Tak payah nak busy sangat cari cacing tu, family Noci dah gemuk-gemuk dah."
"Jotos kang!"

Begitulah kisahnya si Noci yang meroyan tak sudah-sudah sampai lah ke sudah.
Afi menggeleng-geleng sahaja...
"TERIMA KASIH AFI SEBAB FAHAM PERANGAI NOCI!"







MORAL OF THE STORY:
1. Percayailah pasangan anda
2. Percayailah pasangan anda
3. Percayailah pasangan anda!

SEKIAN. =)





Kisah Hari ini: Ulser mulut & Ulser hati




Pernah ke  u all kena ulser mulut ni?
Adoiiiyai, tengok pun dah berdenyut-denyut dah rasa sakitnya.
Ira sokmo je kena Ulser mulut ni.
Untuk ntah yang kali keberapa dalam tahun ni (dah tak terkira banyaknya) , ira punya ulser kali ni dah sebesar duit 10sen kat bibir belah kanan.
Mulut pun dah tergebeh-gebeh.
Kalau bangun pagi tu memang azab.
Rela tak senyum sebab kalau senyum memang nazak lah rasa
Korang pun kalau nak wat lawak, tolonglah jangan time Ira kena ulser kay.
Silap-silap ada yg kena sepok sebab tak tahan sakit bila gelak.

Ulser ni biasanya tjadi sebab jangkitan bakteria kat dalam mulut. Selain tu, ada jugak yg disebabkan kecederaan fizikal sperti tergigit bibir, pipi, atau trcucuk benda tajam. Ulser boleh terjadi kalau kurang vitamin C dalam badan dan stress.

Biasanya ulser ni tak merbahayakan pun, since dia tak berjangkit dan boleh baik sendiri. Dan boleh jadi kat sesape pun, tanpa mengira jantina, umur dan kajian cakap wanita lebih kerap dapat ulser ni, especially yang mengandung atau datang period.

So, kalau kawan-kawan takmau kena ulser mulut macam saya, silalah minum air banyak, kurangkan makanan yg berasid, berempah, letakkan ais kat tempat ulser utk redakan sakit dan bawak-bawak lah bertenang. jangan stress-stress MACAM SAYA!
I think tulah sebabnya kenapa ulser mulut Ira makin worse dari hari ke hari. sebab ULSER HATI! Dah lama simpan ni.....

p/s: kalau dah tak sabar sangat nak elok(biasa 3 minggu baru elok),BAIK potong jer mulut tu. Kasi buang terus. boleh kurang sikit dosa-dosa mengata tu. Mampu? =p



Saturday 23 July 2011

10 FACTS U NEVER KNOW BOUT ME!



Assalamualaikum...
Dah lewat malam..
Tapi rasa macam nak mengetuk-ngetuk keyboard ni..
Nak meredakan keberatan dalam kepala neh.
STRESS
Encik Beliau sibuk sangat dua tiga menjak neh
No weekends.
Weekdays pun busy kalah menteri.
WHATEVA it is, i still <3 him.



OKAY. Back to the topic.
Maybe u all pernah jumpa Ira kat mana-mana,
Dekat fakulti, dekat cafe, dalam program, kursus, sekolah, matrik,toilet, karnival sukan, main netball sama-sama or else.
And at each place, u may see different character played by me .
Well, i do agree, sumtimes i need to play character when i met people.
If dengan classmate, akan jadi separa gila-gila, Bila main netball, lagi gila terus and bila time event formal,
Zassss terus character lain. kan?


Bukan nak POYO tapi SUNGGUH! awak kena adapt dengan people di surrounding untuk mendapatkan keserasian, dan juga elak diri dari jadi sombong.
Itu lah yang paling paling palinggggg Ira pegang.
MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN SEMUA ORANG
Sebab kita tidak  akan pernah tahu caturan Allah tu macamana. Hari ni kita kat atas, esok lusa kat bawah pulak. Betol tak?
Minta maaf lah sangat sangat pada insan2 di sekeliling Ira, kalau sepanjang perkenalan kita, Ira pernah tersilap bicara atau menimbulkan ketidak senangan hati mana-mana pihak.
SUNGGUH, sedikit pun tak terniat.

Okay, sebelum tidur, Ira nak share 10 FAKTA MENARIK yang mungkin tak ramai yang tahu...
Ala-ala Ice breaking gitu. ahaks~ Enjoy your reading!

1. Sy anak sulung perempuan dalam keluarga (6 beradik) , dan semua orang dalam family panggil sy "KAKAK" hatta abg sulong sy sekalipun.
2. Sy dan keluarga tak pernah duduk menetap di satu-satu daerah sejak saya kecik. Saya lahir di Masjid        Tanah Melaka, tapi membesar smpai tadika di Simpang Renggam Kluang, Johor. Then pindah ke Rembau    N9 sampai darjah 3, dan pindah lagi ke Muar dari darjah 3 sehinggalah sekarang. & Insyaallah akan pindah lagi!(harap-harap ada rezeki).

3. Saya tak ada keturunan cina langsung, walaupun mata sepet siket-siket ala2 Jepun gitew. Mungkin mama terkenan kot waktu mengandung. =D (Pada sapa2 yg saya pernah goreng tu, harap ampun lah yer!hehe).

4. UPSR saya dlu dapat 4A 1B (B=BI), PMR 6A 2B (B=MATH n SCIENCE), SPM:: 4A1 1A2,2B3,2B4,1C5 (C-Bio) and CGPA matrik 3.47+3.03=3.29
(Pergh syabas beteh boley ingattttttttttt! haha)



5. First time pakai Handphone time form 3, handphone nokia 3310 jer pun. Orang kata baling xxxxxx pun tak mati. Ngeh2~

6. Saya cucu kedua plg besar dalam family mama & cucu ketiga dalam family ayah. Cousin semuanya kecik-kecik lagi.

7. Jarang sangat nak marah-marah orang. Tapi kalau sy marah, sy akan cakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Direct je, dan kalau sy diam dan tak bercakap, itu tandanya MARAH dah smpai kepala okey. BEWARE!



8. Motif utama sy nak jadi nurse dulu adalah kerana bestfriend sy kat sekolah, Cik Zura. Dia selalu cerita tentang auntie dia(kerja nurse) yang dah pergi bekerja kat negara Arab. PART paling best adalah bila dia cerita FULUS auntie dia berkebat-kebat bila kerja kat sana, siap boleh kumpul aset lagi, kalah gaji kat Malaysia.
Serta merta jer teros impressed dgan proffession ni. NURSING sekarang dah maju okey!


9. Saya paling sayang Handphone SATIO Sony Ericson yang saya sempat pakai 3 bulan sahaja sebelum kena rembat kat Surau ED Hospital Selayang. owh, how careless am i! Yup, I tend to missplaced my belongings. Setiap tempat yg saya pergi mesti ada jerrr yg hilang/tertinggal.waktu kursus Kat UiTM Penang tertinggal T-shirt I LUV BORNEO yg Encik Beliau belikan, Kat PD time kursus pun tertinggal cincin silver yg mama bagi. agknya lah.haihhh =( CARELESS! CARELESS! Padahal dah double check dah.



10. First time Ira naik kapal terbang adalah pada May 2010. Itupun sewaktu join program MPP ke sabah, Opkim di Ranau. Heheh. Jakun tu jakun gak. Tapi maintain slumber sebab duk sebelah abg long YDP ngan Abg PNYDP. Ngeh2~

SEKIAN, sehingga bertemu di lain kali!
GUD NITE....
zzzZZZZzzz

Friday 22 July 2011

1st GIVEAWAY DARI ANGAHEIRA



Bismillahirrahmanirrahim...

Harini join GA lagi..
GA tu pd yg taktaw=Giveaway..
A type of contest yg owner blog buat
Dalam usaha nak memeriahkan + mengumpul ramai follower ataupun kawan2 baru dlam blog ni...

Well, in personal..
Tak berapa kenal jugak dgan angahiera(hehe)
BUT
apa salahnya kan support GA dia
Tak keluar modal pown.
Plus, bila lagi nak meluaskan Networking yg ada. heheh

So,
Mengikut syarat yg diberi..
Comment tentang blog beliau.
Personally, Ira paling suka tengok HEADER Angah!
Nice sangat2, combination warna chantek, vibrant and energetic
siap ada butterfly, it shows yg u ni jiwa ladies2 gitew...

Susunan pun nampak teratur,
Pilihan tulisan senang nak baca,
Plus,
ada-unsur2 Keceriaan ( ^^, kat title)

UNTUK PENAMBAHBAIKAN
rasanya
bahagian iklan kot...
A bit too much maybe, thats why dia mcam berat sikit
dan juga: Shoutmix tu comel sesangatttttt angah!
Cuma sayangnya dia dah tertutup/ tertindih dek iklan vios tu.
Lagi sweet rasanya kalau angah letakkan sume iklan at one side.

Sekian, itu sahaja dri Ira,
Harapannya semoga blog angah LEBIH CERIA DARI BIASA pasni kay!!
Terboiekkkkkk =)

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG

Photobucket

Sekian, post ni adaah bertujuan untuk memeriahkan GA yg dianjurkan oleh 2 blogger di atas:
Dengan seronoknya nak mengetag, :
nunuicomel: http://nunuijoe.blogspot.com/
Atin romantik ^^,: http://gurlz8998.blogspot.com
Fikri x kesah: http://saltwaterme.blogspot.com
Cafiq spikey: http://schafiqthinking.blogspot.com
Aleya chantek:http://aleyafateha.blogspot.com

oh, lupa nak cakap. rule contest ni kena tag at least 2 orang. so, anda2 adalah yg terpilih! Thanx =))

Thursday 21 July 2011

JANGAN Baca!

Assalamualaikum w.b.t...
Hari ini menconteng lagi..
Menconteng apa-apa sahaja..
Yg ada kaitan dan yg tak de kaitan jugak dalam hidup Ira..
Asalkan diri ni HAPPY.
Dan saya harap sekumpulan KAMU juga HAPPY okeyh!

Erm
Hari ni pengakuan rasmi dan jujur.
Saya MEMASAK!


Okay, pada yang riak dan dah pandai masak.
Ataupun yang tak pandai masak tapi PANDAI mengutuk orang
Boleh pergi main jauh2
Sebab post ini untuk orang-orang yang tak pandai gelak, takde mulut dan tak pandai melahar SAHAJA
Okay, boleh terima? =D



Harini mama Ira (Cik Yus yg muda remaja) awal-awal pagi (Slepas subuh!) dah gerak ke Briged Tengah di Cheras untuk latihan Bowling dgan Team sana
Sebagai persediaan Untuk Perlawanan Bowling Piala Pengerusi PERKEP Malaysia

Sebagai kakak sulong aka "Mama" sementara:
Rutin harini for sure lebih UNIK daripada biasa.
ANTARANYA
11pm semalam: Iron baju sekolah adik-adik. darjah 3 & drjah 4.
6am: Bangun pagi untuk buat minum pagi.(tapi mama dah buat dulu! =)
Lambai-lambai adik gi sekolah ayah hantar
Kejut adik2 bangun subuh
Masak nasi





8am: Mandi awal (konon2 nak gi Klinik Komuniti Muar dgan abg, untuk amik suntikan Typhoid & wat akaun KWSP :: Al-maklum dah nak start kerja. )
9 am: Potong-potong bawang & rencah lauk tengahari
10am: Abg tibe2 sakit perut, postponed gi klinik (LAGI!)
11 am: Masak! MENU: Telur masak masam manis, & Tempe+Kacang panjang goreng, Setting meja untuk adik-adik makan tengahari balik sekolah nanti
12 Noon: Lepak-ing. Tengok TV
1pm : ZZZzzzzzz ;)

Haha.
Okay. Untuk perbandingan:
PADA HARI-HARI BIASA
6am: bangun sekejap untuk subuh
7.30 am: ZZZZzzzzzz
11am: Bangun, Basuh muka, Gosok gigi, Terus tolong mama masak(Assisstant kacau kuali SAHAJA),
sambil makan durian dan apa sahaja sarapan yang my beloved mama telah sediakan/ayah belikan.
1 pm: Mandi!


JAUH GILER BEZA kan!
Hahahahahha
Sebab tulah mama saya pernah cakap,
pada sapa2 yg nak masuk minang NAJAT NADIRAH
Hantarannya cuma 1500 RINGGIT MALAYSIA SAHAJA.
Tunaiiiiiiiii!!! =)

Mode: gelak guling2



Wednesday 20 July 2011

malam yg PELIK

Assalamualaikum wbt...
Hy everyone. sihatkah?
Thx kwan2 yg view page ira..
Erk. pelikkah klau i address myself as ira?
Huhu, maybe ada yg x familiar kot. pd sape2 yg rapat tu biasanya pggil ira.
Waktu muda2 kt kolej matrik dlu pn memang dah kwan2 pgggil ira ni..
Tpi since kt univ & urusan formal, most of the time i would prefer Najat.
BTW,
Dua-dua pon sama je. nama jugak. maksudnya pun dua-dua baik.
ALHAMDULILLAH
Thanx to mama & ayah sebab pilih nama yg unik ni! Love u both!

Hari ni hari Rabu, 20/7/2011
Counting :: Lagi 10 hari je lagi nak puasa kan.
Tahun ni puasa start 1 Ogos 2011.
Sekejap sangat rasanya.
Pejam celik pejam celik betul2 dah nak setahun berlalu
Kalau difikir-fikir balik, muhasabah diri balik, apa sangatlah yg dah brjaya dibuat oleh diri ini

Aduh, sedihnya rasa.
2-3 hari ni, membuai-buai sangat emosi ni..
Terfikir, apa akan jadi kalau sok-sok lusa tuhan tu nak tarik nyawa aku...
Aku ape pun belom, belom sempat nk gembirakan hati mama ayah,
Belum sempat nk balas jasa mereka
Sedang mereka sampai saat umur ira 22 ni, dah bermacaam-macam jasa diorang tabur
Memang takkan terbalas sampai bila-bila..
Nak tahu apa yg paling buat ira sedih?

Bila ira terasa macam menyusahkan mereka.
Macammana? bila?
Bila-bila sahaja. kadang2 kita tak perasan pun kita menyusahkan mereka.
Dari saat kita minta duit lagi di hujung2 sem, bila minta mereka hantarkan kita kat mana2 tempat kita nak gi..
Almaklum, lagi-lagi orang x berlesen macam saya.

Maaf lah, kdg2 saya ni emosi orangnya. tak pandai nak sembunyikan apa yg ada dalam hati
But i would say my parents akan sentiasa ada dgan saya,
Walaupun kdg2 sy tak pasti dgan diri sy
dan dgan apa yg sy buat

Ahah. meh nk cerita. ada satu hari..
Waktu sy di zaman muda2 matrikulasi.
Well-sy takdelah pandai mana pun.
So, paham-paham je lah waktu nak terima tawaran tu, memang berbelah-belah hati ni nak pegi ke tidak...
Lagi-lagi waktu itu dapat juga tawaran ke Diploma..
Hati kata sangsi, cikgu kata matrik, parents kata terpulang..
oh, perasaan masa itu sangat teruk.
perasaan untuk membuat keputusan sendiri yg bakal menentukan masa depan.

Ditakdirkan satu hari sewaktu hari keputusan peperiksaan semester 1 keluar,
Kawan-kawan beritahu (My really2 BESTFRIENDS)
that i was FAILED.
OH!
Waktu tu dunia bergegar rasanya! (dunia insan bernama aku)
Apa yg paling ira takut dah pun terjadi.
I was SO SO SO Sad!
Menangislah, duk bercerita, mengadu domba dgan mama...
Pada waktu itu, punah dah harapan, hilang dah semangat, kelam dah jiwa
TAPI
mama tetap sudi terima kekalahan saya
katanya:
"Takpelah kak. setakat matrikulasi tu takde apenya. yg penting awak dh berusaha, kan?
banyak lagi cabang lain yg ada. Kita boleh usahakan.
Dah-dah. jgan nangis2."

Runtuhnya empangan air mata waktu itu bukan setakat kerana kalahnya sy di medan perang itu,
tapi runtuhnya kerana sy dah menghampakan harapan mama & ayah
yang tak pernah menyalahkan sy atas setiap kekalahan
Oh. Terharunya ketika itu, tuhan je yg taw.

Walaupun hakikatnya kegagalan sy tadi tu hanyalah sandiwara MELODI
yg BESTFRIENDS sy rencanakan (Hampeh!)
TAPI
Satu perkara yg sy sedari,
Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku sepasang ibu dan bapa yg SEMPURNA.
Yang membantuku, menjadi bahu penyandarku tika berlari mahupun terjatuh
Semoga kau pelihara mereka sebagaimana mereka memeliharaku sewaktu kecil.
AMIN YA RABBAL ALAMIN!!

Well, as i said before, im quite emotional this few days.
Ntah tak tahu kenapa tibe2 hari ni nak bercerita tentang mama n ayah.
Well, it's unplanned.
Sejak mula menaip tadi, hati tak keruan.
Rasa macam ada sesuatu yg buatkan hati ini jadi sayu.
Ape dia kah agaknya yg si DIA sedang rencanakan untukku.

Apapepun yg terjadi, seorang saya hanya mampu duduk berdoa, tanpa henti
Mengharapkan segalanya diatur dengan baik oleh-NYA.
Hidup ajalku, sihat sakitku
Semuanya atas ketentuan-nya.

Oleh dari itu,
sentiasalah bersedia,
kerana bila-bila sahaja
mungkin kebilan mata ini tidak lagi mengetap seperti kebiasaannya..
dan andai saat itu tiba Ya Allah,
Aku mohon semoga pada masa itu
aku sudah mampu mengembirakan hati mereka..
AMIN.


REGARDS:: IRA









Sunday 17 July 2011

Kelebihan Syaaban :: Nisfu Syaaban

Assalamualaikum...
Dalam sedar tak sedar kita dah sampai di pertengahan Syaaban,
Yang maknanya tak kurang dari 15 hari sahaja lagi ramadhan bakal tiba..
Bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam..
Hari ini, tanggal 17 July 2011 yakni 15 Syaaban 1432H, adalah nisfu syaaban..
Sedikit ingin ira kongsikan pengertian Syaaban buat semua teman-teman...
Artikel ini ira kongsikan daripada blog ustaz Abdul Halim Abdullah, bekas penuntut Universiti al-azhar...
(teruskan membaca untuk link penuh di penghujung)


Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh,karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty.

“Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran. 
Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).
Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari].
 

Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra.  berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).


Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).
Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam.  


“Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).
Kesimpulannya ialah bangun malam dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang syarie jika tidak dikaitkan dengan bulan Sya’ban. Tetapi jika dikaitkan dengan bulan Sya’ban, maka yang demikian itu adalah bid’ah iltizamiah yang merupakan perkara yang boleh diperselisihkan dan bukan bid’ah yang sesat.
Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Solehkarangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:


Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

Dari At-Tarmizi dengan sanadsanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.


Dari Al-Baihaqy dengan sanadsanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.

Wednesday 6 July 2011

Kongsi Petua!

Ini adalah petua-petua yang Ira kumpul dari majalah Dara pada tahun 2009. Petua-petua ni semua pembaca Dara.com yang kongsi, dan Ira pun tak sempat jugak nak cuba satu-satu..Jadi berhasil atau tidak, kita sama-sama cuba okay!

MELICIN & MEMERAHKAN MUKA

Bagi kamu yg ingin mendapakan kulit muka yg licin dan merah. Ini ada petuanya. Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian, sapukan di seluruh muka. Biarkan ia kering selama 20 minit. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, amalkan 2-3 kali seminggu.



MERAHKAN BIBIR

Bibir adalah sebahagian daripada anggota badan yg amat dititikberatkan. Memiliki bibir yang merah dan menawan pastinya menjadi impian setiap dari kamu. Oleh itu, di sini ada petua mudah dan senang untuk kamu ikuti. Hanya sapukan madu lebah asli pada bibir pada setiap malam sebelum tidur. Insyaallah bibir kamu akan merah seperti memakai gincu.





MELEMBUTKAN BIBIR

Pati susu mampu mengembalikan kelembutan bibir serta warna asal bibir. Mudah saja caranya, sapu susu pati pada bibir kamu setiap hari dan hasilnya bibir kamu akan kelihatan lembut dan merah.

ATASI RAMBUT KASAR.

Kangkung dapat mengatasi masalah rambut kasar. Caranya, ambil secekak kangkung dan bersihkan. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas. Masukkan 6 camca besar air suam dan ramas kangkung sehingga keluar lendir. Lendir itu disapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dgan air bersih, lakukan selama 2 minggu dan kamu akan lihat hasilnya nanti.

HILANGKAN KELEMUMUR

Kelemumur menyebabkan kulit kepala gatal-gatal apabila berpeluh. Untuk mengatasinya, ambil 2 cm halia, buang kulitnya dan tumbuk hingga hancur. Apabila kulit kepala terasa gatal, sapukan halia itu pada kulit kepala sambil menggosoknya. Kamu mungkin akan berasa sedikit pedih, tetapi sekejap sahaja. Lakukan beberapa kerap mungkin. Selain cara itu, boleh juga membasuh rambut menggunakan air rendaman kangkung. Amalkan setiap hari.

MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR

Masalah rambut gugur membuatkan kamu rasa tidak selesa. Apa tidaknya, apabila kamu menyisir rambut, banyak gumpalan rambut yg terlekat disikat. Bagi menghadapi situasi ini, jangan risau. Apa kata, cuba petua ini, mungkin ia boleh membantu kamu mengatasi masalah keguguran rambut. Caranya, rendam kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu atas kulit kepala sambil dipicit secara perlahan-lahan. Amalkan selalu sehingga rambut baru tumbuh. Disamping itu, elakkan mengikat rambut menggunakan getah.



MELURUSKAN RAMBUT KERITING

Bosan dgan rambutmu yg keriting? Adakah kamu ingin tampil berbeza seperti meluruskannya? Mungkin petua ini sesuai untuk kamu cuba. Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Kemudian campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti sejuk sehingga menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan keseluruhan rambut. Tutup rambut dengan tuala selama 1 jam. Kemudian bilas sehingga bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Insya-Allah kamu akan dapati rambut krrintingmu itu akan lurus sedikit demi sedikit.

AMALAN UNTUK KEKAL AWET MUDA

Siapa yg tidak mahu kelihatan camtik dan berseri setiap hari. Kecantikan merupakan impian setiap wanita. Untuk itu, kamu tidak perlu bersusah payah mencari produk mahal semata-mata untuk cantik. Caranya, semasa berdandan waktu pagi, bacalah selawatnabi di kedua-dua telapak tangan dan raupkan pada muka beserta dengan niat dlm hati supaya diindahkan wajah. Mudah bukan? =]

MENGURANGKAN DENGKUR

Mungkin ada antara kamu mengalami masalah dengkur ketika tidur. Keadaan ini boleh menimbulkan rasa rendah dirir, apatah lagi apabila terpaksa berkongsi katil atau bilik dengan rakan. Pastinya kamu tidak mahu diejek ekoran kekurangan yg ada pada diri kamu. Cuba kamu ikut petua ini, Tumbuk lumat 7 biji badam dan campurkan dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. Amalkan selalu, kamu akan mendapat hasilnya.

MENURUNKAN PANAS BADAN

Daun bunga raya amat berguna untuk menurunkan berat badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas didalam air sehingga hancur. Kemudian sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering dan ulangi hingga reda panasnya.


RAWAT KULIT MELECUR

Apabila berdepan situasi yg mana anggota tubuhmu terkena air panas, pastinya pada ketika itu kamu tidak tahu apa yg patut kamu lakukan. Dengan rasa sakit yg amat sangat, ianya akan membuatkan kamu lagi tertekan. Dalam keadaan begini, kamu boleh amalkan petua ini. Tuangkan susu cair atau susu pekat manis ke atas bahagian yg terkena air panas. Insyaallah kesan melecur itu tidak akan menggelembung dan meninggalkan parut.

ELAK PERUT BUNCIT

Mempunyai perut buncit tentunya membuatkan kamu malu apabila berhadapan dengan orang ramai. Takkan kamu sentiasa mahu memakai baju hitam semata-mata untuk menutup kelebihan yang ada di bahagian depan perutmu itu. Jika berterusan, keadaan ini boleh membuatkan kamu tidak selesa. Untuk atasinya, cuba kamu amalkan petua ini. Sebelum sarapan pagi, amalkan minum air teh tanpa gula. Untuk mendapatkan keberkesanan yg lebih cepat, kamu boleh perahkan sedikit jus limau kasturi ke dalam air teh kamu itu. Insya-Allah jika amalkan setiap pagi, perut kamu akan beransur-ansur kempis. Dan yg penting, kurangkan minum minuman berais!

Tak lapuk dek zaman!

Assalamualaikum...
Hy guys!
Harini hari ke 3 bturut-turut ganti puasa...Haeh, pejam celik pejam celik nak dekat Ramadhan dah rupanya...Kejap je. Rasa tak sabar pun ada...

Tahun ni planning dengan mama & adik beradik lain, kami nak buat kuih raya sendiri. Yelah, memandangkan semua ada kat rumah cuti sem ni, so bolehlah tolong mama apa yang patut. annn? Biasa biskut apa ek yang kami buat? refreshhhhhh jap~ ha! Paling basic dan wajib ada antaranya Biskut chocholate rice, conflakes madu, Pudina kurma, and biskut badam tu...Slurpppp~ Meleleh jap air liur. Daripada aritu sebenarnya tengah duk online cari resepi buat biskut chocholate chip tu. sedap botol den nengok eh! Teringin bona dah ar...

Jom jamu mata siketttt~mana taw pahni ado yang dapek ilham nak buek biskut apo rayo ni. Buleh den bertandang kek rumah ekau. woot wooot!











Teringat pulak kali terakhir kitorang buat kuih raya, macam dah lepas 5+ tahun kot! Biasa tu kuih tunjuk je. Ayah yang botak tiap2 kali lepas raya. Kesian jugak, tapi nak buat camane, dah anak dara 4 orang, anak bujang 2 orang. Nak cari baju raya pun dah satu hal! Dah la beliau ni tak pandai nak ikut kitorang pegi shopping. Kalau kami adik beradik yg perempuan+mama pegi beli barang-barang, confirm ayah duk main jauh2 je.

Beliau akan berdiri dari jauh, observe kami anak beranak. Agak-agak dah setengah jam camtu, kejap lagi utusan ayah merangkap adik paling bongsu akan datang kat kami and dialog common yang kami akan dengar:
Ma, cepat sikit! Ayah kata kalau lagi 5 minit tak siap, ayah tinggalkan! 
 Haha. okey. adik bongsu ni bodek ayah kuat kot!! dan kebiasaanya pesan ayah yang satu ni kami masuk kanan keluar kiri je, sebab taw dah,berani ke ayah nak tinggalkan mama kat shopping complex tu sorang2?? Ada yang mogok seminggu jawabnya. Sorang pakai baju merah, sorang pakai baju kuning gamaknya. Kitorang adik beradik tengokkan sajoh! =]

Sunday 3 July 2011

World Netball Championships 2011 Singapore

World Netball Championships 2011 Singapore

Kejohanan Dunia Bola Jaring 2011! ----<@

Salam dihulur pembuka bicara,
Pembuka kata seindah bahasa,
Berpantun, bersajak budaya suara,
Sentiasa tak lapuk, tak lekang dek masa...

EWAH!

Berpantun lah pulookkkkk.
hehe
SPONTAN je tu, maaf lah kalau ada yang lari nahu.
BAHASA JIWA BANGSA =]

Setelah dekat sebulan duk kat rumah, skarang ni dah mula rasa bosan.
Facebook dan <3 je lah peneman hari2. 
Bukan tak nak mintak kerja, tapi kerja yg x sudi nak terima saya.
Bukan nak buka cerita sedih. 
Tapi realiti.
=[

OKAY, STOP.
Sekarang ni dah lari topik.(hehe!)

CERITA ASAL BERMULA DI SINI:
Ira suka sangat main netball.
Netball=Bola Jaring. (Perlu explain ke? =P)
Alah, bukannya pandai sangat, tapi bolehlah.
Setakat main kat Puncak bolehlah juara. haha(perasan lagiiiii!)
Sampai satu tahap, main utk UiTM Puncak Alam. KARISMA.
(KARISMA=Karnival Sukan Mahasiswa UiTM Seluruh Malaysia)
haehh wpun tak juara, tapi seronok buat pengalaman main dgn orang2 hebat UiTM.
Psssst~ Kami geng budak sekolah. Sebab kecik2. haha

 
Baru-baru ni, ternampak satu iklan kat Astro Supersport channel
Tentang Kejohanan Dunia Bola Jaring 2011 
Berlangsung dari 3-10 Julai 2011 di Singapura.
(BERMULA HARI NI!)

So...
Ira nak share dengan penggemar-penggemar bola  jaring perlawanan-perlawanan yg melibatkan Malaysia:

Saturday 2 July 2011

Chocholate Moist Cake Yummy!! my 1st handmade =]



Assalamualaikum wbt...

Post pertama utk Julai..huhu Sebenarnya mcam2 idea nak post kat blog indah Ira ni, tapi sbb Ira selalu buka FB sblum blog, so banyak idea dah hilang kena culik dek FB. Chatting lah, apload gambar lah, baca status orang lah, stalk page orang lah...Busy body katanya kan?  =] Hmm..

Btw, last week ira jumpa satu blog ni...owner dia sangat suka memasak and banyak resepi yg dia share kat blog die tu..Macam2 jenis kek, kuih,  dan segala mcam jenis makanan dia penah buat sndiri. tekan punya tekan, terjumpa lah resepi Super Moist Eggless Chocholate Cake..Alahaii gambar kek tu (pic atas) pun dah wt Ira tercekik air liur, and terus berazam----Ira kau pun buley wat gak kek ni!!!!! (walhal x penah buat kek pun, hatta setting oven pun x pernah!ahaks~) sooo dengan semangat yg berkobar2 ni, terus jerit panggil my mama & suruh die tengok pic ni dengan niat nak bodek dia beli bahan-bahannya. haha. Dah cuti2 sem ni sengkek siket okey! Mama pun terus membebel2 sebab my sister dah wat cake 2 hari sblumnya, and banyak giler telur dia guna! sampai kuih tu da macam sabun. terlebey gebu. haha. Okay, usaha nak pujuk diteruskan: "ala ma...kek akak ni (merujuk kpada kek choc yg belum jadi ni.berangan dulu hehe)  x guna telur langsung ma! sedapnya chocholate tu!!! Slurppppppppp! haha. Tekannn lagi, sebab i taw, my mum punya favourite=Chocholate!! hehe...Last2 dia belikan jugak Fresh milk, Soda bicarb & Chocholate 2 hari lepas tu...ekekek. BERJAYA!

Jadi..ni nak kongsi lah sikit resepi and sum pic di sepanjang pembuatan moist cake tu...MESTI CUBA!!!!
(maaflah gmbar amatur sangat)

CREDIT TO Sis Ida(boleh klik link ni utk macam2 resepi lagi) sebab sudi berkongsi resepi2 air tangan beliau. =] kek2 akak mang meletopppp! TERIMA KASIH!

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko 
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

* Ira tak masukkan chocolate emulco, & susu tepung (x cukup bhan, pasti lebih sedap kalau ada)
* Ira jz doublekan sahaja sukatan bahan-bahan ni, kalau nk wat dalam kuantiti banyak
* Ira gantikan jus lemon dengan perahan limau kasturi

Dan kek ini saya mandikan dengan chocolate ganache.

100 gram coklat masakan
50 ml whipping cream (kalau x ada buleh ganti dgn fresh milk)
1 sudu besar mentega.

panaskan coklat masakan dan whiping cream secara double boiler. Bila dah sebati dan cair, tutup api dan masukkan mentega. Kacau hingga sebati. bila dan suam@ sejuk, curahkan atas kek.

SEKIAN.
Di bawah ini gambar-gambar sewaktu penghasilan Cake ni..Versi Ira, of kos~










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...