CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

About Me

My photo
*Nadirah Aziz~ *17 September is my birthday~ *Still studying. Yet to be a nurse~ *Im NOT single, yet available~ * A BIG BIG fan of Harimau Malaya! * And I love roses toooooo! * Plus+ A shoe lover! oh~ * A Simple, yet easy going person. * Maybe a bit emotional,so DONT mess up with Me! * Haha. Chill-lah!!! ^^,

Wednesday 20 July 2011

malam yg PELIK

Assalamualaikum wbt...
Hy everyone. sihatkah?
Thx kwan2 yg view page ira..
Erk. pelikkah klau i address myself as ira?
Huhu, maybe ada yg x familiar kot. pd sape2 yg rapat tu biasanya pggil ira.
Waktu muda2 kt kolej matrik dlu pn memang dah kwan2 pgggil ira ni..
Tpi since kt univ & urusan formal, most of the time i would prefer Najat.
BTW,
Dua-dua pon sama je. nama jugak. maksudnya pun dua-dua baik.
ALHAMDULILLAH
Thanx to mama & ayah sebab pilih nama yg unik ni! Love u both!

Hari ni hari Rabu, 20/7/2011
Counting :: Lagi 10 hari je lagi nak puasa kan.
Tahun ni puasa start 1 Ogos 2011.
Sekejap sangat rasanya.
Pejam celik pejam celik betul2 dah nak setahun berlalu
Kalau difikir-fikir balik, muhasabah diri balik, apa sangatlah yg dah brjaya dibuat oleh diri ini

Aduh, sedihnya rasa.
2-3 hari ni, membuai-buai sangat emosi ni..
Terfikir, apa akan jadi kalau sok-sok lusa tuhan tu nak tarik nyawa aku...
Aku ape pun belom, belom sempat nk gembirakan hati mama ayah,
Belum sempat nk balas jasa mereka
Sedang mereka sampai saat umur ira 22 ni, dah bermacaam-macam jasa diorang tabur
Memang takkan terbalas sampai bila-bila..
Nak tahu apa yg paling buat ira sedih?

Bila ira terasa macam menyusahkan mereka.
Macammana? bila?
Bila-bila sahaja. kadang2 kita tak perasan pun kita menyusahkan mereka.
Dari saat kita minta duit lagi di hujung2 sem, bila minta mereka hantarkan kita kat mana2 tempat kita nak gi..
Almaklum, lagi-lagi orang x berlesen macam saya.

Maaf lah, kdg2 saya ni emosi orangnya. tak pandai nak sembunyikan apa yg ada dalam hati
But i would say my parents akan sentiasa ada dgan saya,
Walaupun kdg2 sy tak pasti dgan diri sy
dan dgan apa yg sy buat

Ahah. meh nk cerita. ada satu hari..
Waktu sy di zaman muda2 matrikulasi.
Well-sy takdelah pandai mana pun.
So, paham-paham je lah waktu nak terima tawaran tu, memang berbelah-belah hati ni nak pegi ke tidak...
Lagi-lagi waktu itu dapat juga tawaran ke Diploma..
Hati kata sangsi, cikgu kata matrik, parents kata terpulang..
oh, perasaan masa itu sangat teruk.
perasaan untuk membuat keputusan sendiri yg bakal menentukan masa depan.

Ditakdirkan satu hari sewaktu hari keputusan peperiksaan semester 1 keluar,
Kawan-kawan beritahu (My really2 BESTFRIENDS)
that i was FAILED.
OH!
Waktu tu dunia bergegar rasanya! (dunia insan bernama aku)
Apa yg paling ira takut dah pun terjadi.
I was SO SO SO Sad!
Menangislah, duk bercerita, mengadu domba dgan mama...
Pada waktu itu, punah dah harapan, hilang dah semangat, kelam dah jiwa
TAPI
mama tetap sudi terima kekalahan saya
katanya:
"Takpelah kak. setakat matrikulasi tu takde apenya. yg penting awak dh berusaha, kan?
banyak lagi cabang lain yg ada. Kita boleh usahakan.
Dah-dah. jgan nangis2."

Runtuhnya empangan air mata waktu itu bukan setakat kerana kalahnya sy di medan perang itu,
tapi runtuhnya kerana sy dah menghampakan harapan mama & ayah
yang tak pernah menyalahkan sy atas setiap kekalahan
Oh. Terharunya ketika itu, tuhan je yg taw.

Walaupun hakikatnya kegagalan sy tadi tu hanyalah sandiwara MELODI
yg BESTFRIENDS sy rencanakan (Hampeh!)
TAPI
Satu perkara yg sy sedari,
Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku sepasang ibu dan bapa yg SEMPURNA.
Yang membantuku, menjadi bahu penyandarku tika berlari mahupun terjatuh
Semoga kau pelihara mereka sebagaimana mereka memeliharaku sewaktu kecil.
AMIN YA RABBAL ALAMIN!!

Well, as i said before, im quite emotional this few days.
Ntah tak tahu kenapa tibe2 hari ni nak bercerita tentang mama n ayah.
Well, it's unplanned.
Sejak mula menaip tadi, hati tak keruan.
Rasa macam ada sesuatu yg buatkan hati ini jadi sayu.
Ape dia kah agaknya yg si DIA sedang rencanakan untukku.

Apapepun yg terjadi, seorang saya hanya mampu duduk berdoa, tanpa henti
Mengharapkan segalanya diatur dengan baik oleh-NYA.
Hidup ajalku, sihat sakitku
Semuanya atas ketentuan-nya.

Oleh dari itu,
sentiasalah bersedia,
kerana bila-bila sahaja
mungkin kebilan mata ini tidak lagi mengetap seperti kebiasaannya..
dan andai saat itu tiba Ya Allah,
Aku mohon semoga pada masa itu
aku sudah mampu mengembirakan hati mereka..
AMIN.


REGARDS:: IRA









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...