CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

About Me

My photo
*Nadirah Aziz~ *17 September is my birthday~ *Still studying. Yet to be a nurse~ *Im NOT single, yet available~ * A BIG BIG fan of Harimau Malaya! * And I love roses toooooo! * Plus+ A shoe lover! oh~ * A Simple, yet easy going person. * Maybe a bit emotional,so DONT mess up with Me! * Haha. Chill-lah!!! ^^,

Wednesday 6 July 2011

Kongsi Petua!

Ini adalah petua-petua yang Ira kumpul dari majalah Dara pada tahun 2009. Petua-petua ni semua pembaca Dara.com yang kongsi, dan Ira pun tak sempat jugak nak cuba satu-satu..Jadi berhasil atau tidak, kita sama-sama cuba okay!

MELICIN & MEMERAHKAN MUKA

Bagi kamu yg ingin mendapakan kulit muka yg licin dan merah. Ini ada petuanya. Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian, sapukan di seluruh muka. Biarkan ia kering selama 20 minit. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, amalkan 2-3 kali seminggu.



MERAHKAN BIBIR

Bibir adalah sebahagian daripada anggota badan yg amat dititikberatkan. Memiliki bibir yang merah dan menawan pastinya menjadi impian setiap dari kamu. Oleh itu, di sini ada petua mudah dan senang untuk kamu ikuti. Hanya sapukan madu lebah asli pada bibir pada setiap malam sebelum tidur. Insyaallah bibir kamu akan merah seperti memakai gincu.





MELEMBUTKAN BIBIR

Pati susu mampu mengembalikan kelembutan bibir serta warna asal bibir. Mudah saja caranya, sapu susu pati pada bibir kamu setiap hari dan hasilnya bibir kamu akan kelihatan lembut dan merah.

ATASI RAMBUT KASAR.

Kangkung dapat mengatasi masalah rambut kasar. Caranya, ambil secekak kangkung dan bersihkan. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas. Masukkan 6 camca besar air suam dan ramas kangkung sehingga keluar lendir. Lendir itu disapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dgan air bersih, lakukan selama 2 minggu dan kamu akan lihat hasilnya nanti.

HILANGKAN KELEMUMUR

Kelemumur menyebabkan kulit kepala gatal-gatal apabila berpeluh. Untuk mengatasinya, ambil 2 cm halia, buang kulitnya dan tumbuk hingga hancur. Apabila kulit kepala terasa gatal, sapukan halia itu pada kulit kepala sambil menggosoknya. Kamu mungkin akan berasa sedikit pedih, tetapi sekejap sahaja. Lakukan beberapa kerap mungkin. Selain cara itu, boleh juga membasuh rambut menggunakan air rendaman kangkung. Amalkan setiap hari.

MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR

Masalah rambut gugur membuatkan kamu rasa tidak selesa. Apa tidaknya, apabila kamu menyisir rambut, banyak gumpalan rambut yg terlekat disikat. Bagi menghadapi situasi ini, jangan risau. Apa kata, cuba petua ini, mungkin ia boleh membantu kamu mengatasi masalah keguguran rambut. Caranya, rendam kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu atas kulit kepala sambil dipicit secara perlahan-lahan. Amalkan selalu sehingga rambut baru tumbuh. Disamping itu, elakkan mengikat rambut menggunakan getah.



MELURUSKAN RAMBUT KERITING

Bosan dgan rambutmu yg keriting? Adakah kamu ingin tampil berbeza seperti meluruskannya? Mungkin petua ini sesuai untuk kamu cuba. Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Kemudian campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti sejuk sehingga menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan keseluruhan rambut. Tutup rambut dengan tuala selama 1 jam. Kemudian bilas sehingga bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Insya-Allah kamu akan dapati rambut krrintingmu itu akan lurus sedikit demi sedikit.

AMALAN UNTUK KEKAL AWET MUDA

Siapa yg tidak mahu kelihatan camtik dan berseri setiap hari. Kecantikan merupakan impian setiap wanita. Untuk itu, kamu tidak perlu bersusah payah mencari produk mahal semata-mata untuk cantik. Caranya, semasa berdandan waktu pagi, bacalah selawatnabi di kedua-dua telapak tangan dan raupkan pada muka beserta dengan niat dlm hati supaya diindahkan wajah. Mudah bukan? =]

MENGURANGKAN DENGKUR

Mungkin ada antara kamu mengalami masalah dengkur ketika tidur. Keadaan ini boleh menimbulkan rasa rendah dirir, apatah lagi apabila terpaksa berkongsi katil atau bilik dengan rakan. Pastinya kamu tidak mahu diejek ekoran kekurangan yg ada pada diri kamu. Cuba kamu ikut petua ini, Tumbuk lumat 7 biji badam dan campurkan dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. Amalkan selalu, kamu akan mendapat hasilnya.

MENURUNKAN PANAS BADAN

Daun bunga raya amat berguna untuk menurunkan berat badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas didalam air sehingga hancur. Kemudian sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering dan ulangi hingga reda panasnya.


RAWAT KULIT MELECUR

Apabila berdepan situasi yg mana anggota tubuhmu terkena air panas, pastinya pada ketika itu kamu tidak tahu apa yg patut kamu lakukan. Dengan rasa sakit yg amat sangat, ianya akan membuatkan kamu lagi tertekan. Dalam keadaan begini, kamu boleh amalkan petua ini. Tuangkan susu cair atau susu pekat manis ke atas bahagian yg terkena air panas. Insyaallah kesan melecur itu tidak akan menggelembung dan meninggalkan parut.

ELAK PERUT BUNCIT

Mempunyai perut buncit tentunya membuatkan kamu malu apabila berhadapan dengan orang ramai. Takkan kamu sentiasa mahu memakai baju hitam semata-mata untuk menutup kelebihan yang ada di bahagian depan perutmu itu. Jika berterusan, keadaan ini boleh membuatkan kamu tidak selesa. Untuk atasinya, cuba kamu amalkan petua ini. Sebelum sarapan pagi, amalkan minum air teh tanpa gula. Untuk mendapatkan keberkesanan yg lebih cepat, kamu boleh perahkan sedikit jus limau kasturi ke dalam air teh kamu itu. Insya-Allah jika amalkan setiap pagi, perut kamu akan beransur-ansur kempis. Dan yg penting, kurangkan minum minuman berais!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...