CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

About Me

My photo
*Nadirah Aziz~ *17 September is my birthday~ *Still studying. Yet to be a nurse~ *Im NOT single, yet available~ * A BIG BIG fan of Harimau Malaya! * And I love roses toooooo! * Plus+ A shoe lover! oh~ * A Simple, yet easy going person. * Maybe a bit emotional,so DONT mess up with Me! * Haha. Chill-lah!!! ^^,

Saturday 2 July 2011

Chocholate Moist Cake Yummy!! my 1st handmade =]



Assalamualaikum wbt...

Post pertama utk Julai..huhu Sebenarnya mcam2 idea nak post kat blog indah Ira ni, tapi sbb Ira selalu buka FB sblum blog, so banyak idea dah hilang kena culik dek FB. Chatting lah, apload gambar lah, baca status orang lah, stalk page orang lah...Busy body katanya kan?  =] Hmm..

Btw, last week ira jumpa satu blog ni...owner dia sangat suka memasak and banyak resepi yg dia share kat blog die tu..Macam2 jenis kek, kuih,  dan segala mcam jenis makanan dia penah buat sndiri. tekan punya tekan, terjumpa lah resepi Super Moist Eggless Chocholate Cake..Alahaii gambar kek tu (pic atas) pun dah wt Ira tercekik air liur, and terus berazam----Ira kau pun buley wat gak kek ni!!!!! (walhal x penah buat kek pun, hatta setting oven pun x pernah!ahaks~) sooo dengan semangat yg berkobar2 ni, terus jerit panggil my mama & suruh die tengok pic ni dengan niat nak bodek dia beli bahan-bahannya. haha. Dah cuti2 sem ni sengkek siket okey! Mama pun terus membebel2 sebab my sister dah wat cake 2 hari sblumnya, and banyak giler telur dia guna! sampai kuih tu da macam sabun. terlebey gebu. haha. Okay, usaha nak pujuk diteruskan: "ala ma...kek akak ni (merujuk kpada kek choc yg belum jadi ni.berangan dulu hehe)  x guna telur langsung ma! sedapnya chocholate tu!!! Slurppppppppp! haha. Tekannn lagi, sebab i taw, my mum punya favourite=Chocholate!! hehe...Last2 dia belikan jugak Fresh milk, Soda bicarb & Chocholate 2 hari lepas tu...ekekek. BERJAYA!

Jadi..ni nak kongsi lah sikit resepi and sum pic di sepanjang pembuatan moist cake tu...MESTI CUBA!!!!
(maaflah gmbar amatur sangat)

CREDIT TO Sis Ida(boleh klik link ni utk macam2 resepi lagi) sebab sudi berkongsi resepi2 air tangan beliau. =] kek2 akak mang meletopppp! TERIMA KASIH!

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko 
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

* Ira tak masukkan chocolate emulco, & susu tepung (x cukup bhan, pasti lebih sedap kalau ada)
* Ira jz doublekan sahaja sukatan bahan-bahan ni, kalau nk wat dalam kuantiti banyak
* Ira gantikan jus lemon dengan perahan limau kasturi

Dan kek ini saya mandikan dengan chocolate ganache.

100 gram coklat masakan
50 ml whipping cream (kalau x ada buleh ganti dgn fresh milk)
1 sudu besar mentega.

panaskan coklat masakan dan whiping cream secara double boiler. Bila dah sebati dan cair, tutup api dan masukkan mentega. Kacau hingga sebati. bila dan suam@ sejuk, curahkan atas kek.

SEKIAN.
Di bawah ini gambar-gambar sewaktu penghasilan Cake ni..Versi Ira, of kos~










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...