Perhimpunan Bersih |
Menurut laman web rasmi BERSIH, BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO yang memegang kepimpinan utama pada ketika itu, antaranya Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; dan juga Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Secara asasnya, BERSIH memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia. Pada tahun 2007, kumpulan BERSIH ini telah menghantar 1 memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mana mencadangkan agar 8 aspek dibawah yang sedia ada agar dikaji semula dan diperbaharui secara keseluruhannya yang mana meliputi:
- Sistem pilihanraya
- Pentadbiran pilihanraya
- Penamaan calon dan parti
- Kempen pilihanraya
- Media
- Kerajaan Sementara
- Daftar pemilih
- Pengundian
Oleh yang demikian, rentetan daripada kegagalan tersebut, kumpulan BERSIH ini berhasrat untuk melaksanakan perhimpunan BERSIH 2.0 untuk memperjuangkan kembali 8 tuntutan mereka sebelum ini. Bertempat di sekitar Masjid Kg Baru, Sogo dan DBKL pada 9 Julai 2011(Sabtu) kumpulan ini akan berhimpun bagi memastikan suara mereka didengari. Samada hasrat mereka ini tercapai atau tidak, kita lihat sama-sama.
Ira Bisik-bisik: Wajarkah mahasiswa terlibat sama? Apa kebaikan dan apa pula keburukannya?? Apa implikasi terhadap ekonomi negara, dan kesan sosial kepada masyarakat setempat? Hmm..Tepuk dada, Tanya Minda~
No comments:
Post a Comment